Thursday, October 7, 2010

TIPS TEMUDUGA YANG BERKESAN

Tips Temuduga Yang Berkesan
 Beberapa Kajian Yang Dijalankan Telah Menunjukkan Salah Satu Punca Utama Kegagalan Seseorang Untuk Mendapat Pekerjaan Adalah Disebabkan Kelemahan Ketika Menghadiri Temuduga. Masalah Itu Bukan Sahaja Dihadapi Mereka Yang Berpendidikan Rendah Dan Menengah Malah Turut Melibatkan Golongan Berpendidikan Tinggi Atau Graduan.

Beberapa Sebab Telah Dikenalpasti Menjadi Punca Mengapa Masalah Itu Berlaku. Antaranya:
1)     Calon Tidak Mengadakan Persediaan Yang Secukupnya Untuk Menghadiri Temuduga
2)     Kurang Pendedahan Dengan Situasi Seperti Itu
3)     Kurang Keyakinan Terhadap Kemampuan Diri Sendiri
4)    tidak Memahami Kod Etika Berpakaian Ketika Menghadiri Temuduga
5)    gagal Menyiapkan Diri Untuk Menjadi Pendengar Dan Penjawab Soalan Yang Baik
6)     Kurang Tumpuan
7)     Terlalu Berserah Pada Takdir
8)     Terlalu Yakin Sehingga Merendahkan Penemuduga
9)     Tidak Mahu Belajar Daripada Mereka Yang Lebih Berpengalaman
10)    kurang Memahami Etika Atau Adab Ketika Menghadiri Temuduga
11)     Tiada Inisiatif Sendiri Untuk Mengadakan Latihan Tubi

Jadi, Bagi Membantu Mengatasi Kelemahan-kelemahan  Ini, Kami Mengumpul Dan Mengenalpasti Punca-punca  Kelemahan Tersebut Serta Memberikan Beberapa Tips Atau Panduan Kepada Anda Semua Bagaimana Cara Yang Terbaik Untuk Menghadiri Temuduga.
Di Antara Soalan-soalan Yang Lazim Ditanya Adalah Seperti Berikut:

Soalan : Apakah Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Menghadiri Sesuatu Sesi Temuduga ?
Jawapan :
1)     Kenalpasti Sebanyak Mungkin Berkenaan Kehendak Majikan
2)     Selidik Profail Syarikat Atau Panel Penemuduga
3)     Buat Persediaan Berhubung Dengan Soalan-soalan  Yang Berkemungkinan Ditanya Berhubung Dengan Jawatan Yang Dipohon
4)    Latih Tubi Soalan-soalan  Tersebut Dengan Jawapan-jawapan Yang Tepat Dan Munasabah
5)    Jangan Berlatih Menghafal Segala Soalan Yang Disediakan Di Dalam Buku Secara Bulat-bulat.

 

Soalan : Apakah Faktor Penentu Yang Sering Dititikberatkan Oleh Majikan, Dan Bagaimanakah Ianya Boleh Disesuaikan Dengan Sesi Temuduga ?
Jawapan :
1)    Sikap Positif Terhadap Pekerjaan
2)    Cekap Di Dalam Bidang Pekerjaan Yang Dipilih
3)    Kebolehan Berkomunikasi Secara Tulisan Dan Percakapan
4)     Kebolehan Berhubung Di Pelbagai Peringkat Dan Jawatan
5)     Yakin
6)     Kebolehan Untuk Berfikir Secara Kritikal Dan Mempunyai Kemahiran Untuk Menyelesaikan Sebarang Permasalahan Yang Timbul
7)    Fleksibel
8)     Mempunyai Motivasi Diri Yang Tinggi
9)     Berkeupayaan Untuk Memimpin
10)     Boleh Bekerja Secara Berkumpulan

Soalan : Bagaimanakah Kod Pakaian Anda Ketika Menghadiri Sesi Temuduga ?
Jawapan :
Banyak Yang Telah Diperkatakan Dengan “berpakaian Untuk Kejayaan“.  Antara Yang Tidak Elok Untuk Kedua Pihak Iaitu Calon Dan Panel Temuduga Ialah:
1)     Tindik Telinga Atau Badan Yang Mudah Dilihat
2)     Tatoo Atau Menanda Badan Secara Kekal Dan Mudah Dilihat
3)    Pemakaian Pewangi Secara Berlebihan

Yang Tidak Elok Untuk Lelaki:
1)    Pemakaian Pakaian Yang Tidak Padan Meliputi Warna Pakaian, Jenis Pakaian Dan Jenis Tali Leher
2)    Berambut Panjang Dan Berekor
3)    Mewarnakan Rambut Dengan Warna² Tertentu Yang Menyakitkan Mata



Yang Tidak Elok Untuk Wanita:
1) Pemakaian Pakaian Seperti Lelaki
2)  Pemakaian Jel
3)  Menyimpan Kuku Yang Terlalu Panjang
4)  Pemakaian Alat Solek Secara Berlebihan

Soalan : Apakah Perkara-perkara Lain Yang Penting Dilakukan Oleh Calon Semasa Sedang Menghadiri Sesi Temuduga ?
Jawapan :
1)     Ekspresi Muka – Senyuman
2)     Ekspresi Badan – Duduk Dengan Tegak

Soalan : Apakah Perkara Yang Tidak Baik Dan Tidak Patut Berhubung Pergerakan Badan Yang Boleh Menggagalkan Setiap Sesi Temuduga ?
Jawapan :
1)     Jawapan Secara Bersahaja Seperti “a Ah” Dan Sebagainya
2)     Bercakap Secara Terlalu Lembut
3)     Memegang Muka, Mulut Dan Mengeliatkan Kepala
4)    Berpeluh Secara Berlebihan
5)     Merokok
6)     Mengunyah Gula-gula Getah
7)     Menggoyangkan Kaki
8)     Bermain Dengan Pensil Sambil Mengaju-ajukan Tangan
9)     Bersiul
10)     Menjegilkan Mata
11)     Membersihkan Kuku
12)     Menggunakan Slang Ketika Menjawab Soalan
13)    Menggunakan Nama Panel Penemuduga
14)    Memegang Dan Bermain Dengan Barang-barang  Yang Ada Di Meja Panel Penemuduga
15)    Mengusik-usik Rambut
16)     Memotong Percakapan Panel Penemuduga

Soalan : Bagaimanakah Cara Bijak Untuk Mempergunakan Masa Yang Diberi Kepada Anda Untuk Memperkenalkan Diri Dan Seterusnya Mewujudkan Keserasian ?
Jawapan :
Cuba Sedaya Mungkin Mencari Topik-topik Yang Disukai Oleh Panel Temuduga. Cuba Perhatikan Keadaan Sekeliling Bilik Temuduga Atau Gaya Panel Penemuduga Berketerampilan Untuk Mendapatkan Sedikit Panduan Mengenai Topik-topik Yang Disukai.

Soalan : Perlukah Anda Membawa Sesalinan Resume Untuk Menghadiri Temuduga ?
Jawapan :
Perlu !! Berikan Resume Kepada Panel Penemuduga Dan Jika Perlu, Bawa Salinan Lebih Sekiranya Panel Penemuduga Gagal Menemui Salinan Resume Yang Telah Diberikan Oleh Anda Terdahulu. Sekiranya Anda Mempunyai Portfolio Kerjaya Yang Menerangkan Secara Terperinci Tentang Tanggungjawab Anda Di Dalam Sesuatu Pekerjaan Terkini Atau Terdahulu, Sila Bawa Dan Berikan Kepada Panel Penemuduga.

Soalan : Apakah Cara Yang Terbaik Untuk Menunjukkan Bahawa Anda Berkeinginan Untuk Mendapatkan Peluang Pekerjaan Yang Ditawarkan ?
Jawapan :
Senyuman Yang Ikhlas, Tegas Dan Konsisten

Soalan : Apakah Cara Yang Terbaik Untuk Menunjukkan Bahawa Anda Yakin Ketika Menghadiri Sesi Temuduga ?
Jawapan :
Suara Yang Terang, Tegas Dan Mantap

Soalan : Apakah Jenis-jenis  Temuduga Yang Sering Dilakukan Ketika Ini ?
Jawapan :
1)     Temuduga Berasaskan Kelakuan
2)     Temuduga Berasaskan Kepada Isu
3)     Temuduga Berasaskan Kumpulan
4)    Temuduga Berasaskan Tekanan Stress

Di Bawah Ini Adalah Beberapa Tips Dan Panduan Yang Boleh Digunakan Ketika Anda Menghadiri Sesi Temuduga:

Apakah Cara Terbaik Untuk Mempamerkan/menunjukkan Keinginan Anda Terhadap Jawatan Yang Dipohon Semasa Temuduga ?
Tip 1 :
Mesra, Sentiasa Tersenyum

Apakah Cara Terbaik Mempamerkan Keyakinan Anda Semasa Ditemuduga ?
Tip 2 :
Tegas, Suara Yang Kuat.

Terangkan Mengenai Diri Anda.
Tip 3 :
1)     Jangan Ceritakan Mengenai Diri/kehidupan Anda
2)     Berikan Ringkasan Mengenai Latarbelakang Pendidikan, Pengalaman Di Dalam Pekerjaan Yang Lalu Adalah Sangat Membantu Dengan Permohonan Perkerjaan Anda.

Apakah Kekuatan/kelebihan Anda
Tip 4 :
Beritahu Mengenai Kelebihan Yang Ada Pada Diri Anda Dan Bagaimana Ia Boleh Membantu Di Dalam Pekerjaan Yang Anda Pohon.

Apakah Kelemahan Anda ?
Tip 5 :
Pilihan Utk Menjawab Soalan Sebegini (jawapan Yang Negatif Tetapi Sebenarnya Bagus/positif):
1)    Saya Kekadang Kurang Sabar, Tetapi Ia Membuatkan Saya Bekerja Dengan Lebih Baik.
2)     Bila Saya Memulakan Sesuatu Projek Atau Tugasan Baru, Kadangkala Saya Lupa Makan Tengahari.
3)     Disebabkan Saya Adalah Seorang Yang Sukakan Kesempurnaan, Kadangkala Ia Sukar Kerana Saya Rasakan Orang Lain Tidak Dapat Memberikan Yang Terbaik Sepertimana Diri Saya.

Berikan Jawapan Negatif Yang Tiada Kesinambungan Dan Kaitan Dengan Pekerjaan Anda Itu
1)     Saya Bukan Pengeja Yang Bagus, Jadi Saya Selalu Bawa Kamus Bersama Saya.
2)     Yakinkan Penemuduga Bahawa Tiada Kelemahan Yang Tak Boleh Anda Atasi Sekiranya Anda Diberi Jawatan Tersebut.
3)    Beritahu Juga, Sekiranya Terdapat Kekurangan/kelemahan Anda Akan Menanganinya Dan Belajar Dari Pengalaman Itu.

Mengapa Syarikat Ini Perlu Mengambil Anda Bekerja ?
Tip 6 :
Terangkan Tentang Sumbangan Yang Boleh Anda Beri Kepada Syarikat Di Samping Kualiti-kualiti Kerja Yang Lain Yang Boleh Anda Lakukan.

Terima Kasih Kepada Sumber :  Panduan & Tips Menghadiri Temuduga Oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia
 

Tuesday, October 5, 2010

Khasiat Buah Pisang..

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.



Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!

”PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Wednesday, September 22, 2010

Premiun Beautiful....

Premium Beautiful set, khusus diciptakan bagi Anda yang ingin menghilangkan kelebihan berat badan dengan cara yang aman, nyaman, dan dalam waktu yang singkat.
Kesan sentiasa rasa kenyang -Efektifitas Diet tanpa lapar, semua proses akan Anda jalani secara menyenangkan, nyata berbeza, fit hanya dalam waktu 5 minggu saja.

Premium Beautiful terbukti telah membantu pembentukan badan dan pembakaran lemak secara maksimal. Proses pengembalian tekstur dan kelenturan kulit ketika badan Anda sudah mengecil, juga menjadi prioritas utama kewujudan Premium Beautiful dalam mewujudkan bentuk tubuh ideal yang selama ini Anda impikan, hanya dalam waktu 5 minggu. (Pssttt dalam 2 minggu ramai yang berhasil...;)..)




SENGUGUT – Hapuskannya dengan hanya memakai Premium Beautiful.
Setiap bulan wanita akan mengalami satu kitaran haid selama 28 hari seminggu. Senggugut bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis. Sengugut sering menyerang seorang wanita pada hari pertama dan kedua haid.Terdapat dua jenis senggugut boleh menyerang ketika haid iaitu sengugut primari dan senggugut sekondari. Sengugut primari adalah disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin yang menyebabkan pengecutan rahim yang kuat. Kebiasaanya ia sering menyerang pada usia muda sebelum berkahwin dan bertahan pada hari pertama dan kedua haid. Manakala senggugut sekondari pula disebabkan oleh endometriosis (wujudnya sel endometrium di luar rahim dan berlaku pendarahan di dalam perut) atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan bertahan sepanjang pendarahan haid.

Bagaimana Pemakaian Premium Beautiful (Fir) boleh membantu melenyapkannya?
• Menghilangkan sakit sebelum dan semasa datang haid.
• Mengatur kitaran haid secara normal
• Melancarkan perjalanan darah.
• Mengatasi masalah darah haid yang berlebihan atau datang lebih dari hari maksimum (lebih dari 7-8 hari).
• Memperbetulkan kitaran pusingan haid agar datang setiap bulan pada waktu yang tepat.
• Mengatasi masalah keguguran (benih perempuan lebih sihat, kuat dan berkualiti)
• Mengatasi masalah kesukaran mendapatkan zuriat/anak.
• Mengatasi risiko barah rahim.
• Mengatasi risiko barah payudara.
• Membaiki sistem hormon menjadi lebih baik dan sempurna.
• Menghilangkan masalah jerawat dan melicinkan kulit muka.
• Seuai untuk remaja perempuan yang baru sahaja mula baligh atau perempuan yang selalu mengalami masalah sengugut, masalah jerawat tumbuh dimuka dan badan kerana hormon tidak menentu.

Sila hubungi/sms atau email sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut produk Premium Beautiful bagi kesihatan dan kecantikan diri anda sendiri. Anna :017.3304045 atau trg_girlz06@yahoo.com