Tuesday, June 18, 2013

Menjelajah 2 Kota PARIS LONDON

Siapa yang tak kenal dan teringin untuk menjejak kaki ke 2 Kota metropolitan yang terkenal di dunia ini dalam hidup kita…sememangnya menjadi impian semua org untuk kesana kan..boleh jer pergi tapi simpan la duit dari sekarang hikhik…sekadar ingin berkongsi pengalaman dan apa yang menarik di Paris & London. Pada 170513 dengan menaiki penerbangan EY 411 (Etihad Airways)yg sudah pasti akan transit di Abu Dhabi sebelum meneruskan perjalanan ke Paris..hati ni rasa berkobar2 jer nak sampai & dalam masa yang sama rasa jugak denyutan jantung yg kuat (berdebar2) maklumla tidak pernah sampai kesana..

Sampai je di KOTA CINTA ini terus dibawa melawat ke Eiffel Tower yang terletak di Champde Mars, dalam perjalanan dah boleh nampak Eiffel Tower terdetik dihati rasa syukur akhirnya aku sampai dan dpt melihat jua kemegahan tower ini thanks POTO Travel dan Allah S.W.T kerana memberi peluang untuk melihat keindahan di muka bumi ini.


Eiffel Tower merupakan senibina agung  yang tertinggi (300Meter) dan paling menonjol di Kota Paris, ia menjadi tumpuan utama para pelancong yang bercuti ke Paris ini. kalau nak tahu menara ini diperbuat oleh besi jer tapi walaupun besi yang dikenali seluruh dunia sebagai simbol Negara Perancis tawww…apa2 turun bas lu snap seberapa keping gambar..tidak puas dengan melihat kemegahan Eiffel Tower ini..jom kita lihat dan tengok dari sudut lain plak..iaitu naik Shine River Cruise bagi saya pemandangan dan kemegahan Eiffel Tower lebih terselah melalui sudut ini.
Eiffel Tower dri Shine River Cruise


Menjelang Senja
Selepas itu, dibawa melawat ke keunikan senibina asli di Champs-Elysees yang dibarisi dengan deratan café, kedai2 yg berjenama  Butik LV pun ada kat sini… tmpat yang happening sentiasa dipenuhi manusia..haha kalau nak naik Ferrari/Lambo kat sini pun boleh bayaran nya lupa plak…. Sape tahu Arc De Triomphe apa?? Ia adalah sebuah tugu termasyhur tanda penghormatan kepada mereka yg berjuang untuk Perancis waktu Perang Napoleon..nak banding tugu Negara kita ia lagi besar la….seterusnya melawat ke Opera House, Madeleine dan Laurve.

Arc De Triophe
Champs Elysees
Lourve

Pengalaman baru iaitu guna Paris Metro…wahh nak kata sama dengan Malaysia tapi x serupa..nak kata laju memang dia punya lagi laju..point to point tu sekejap jer dan x perlu nak tunggu lama2… tapi setiap station dia bapak punya besar kalau nak transit tu lutut boleh gonyang la naik tangga turun tangga…(tapi gua tak la) dalam metro mmg agak sesak sebab kebanyak rakyat perancis guna public transport. Tiket dia pun kita boleh beli untuk one day pass punya…nak pergi mana2 pun guna jer satu tiket tu x kisah la baper banyak tempat yg nak pergi..mmg jimat..


Selama 4H3M di Kota Cinta, Paris ini amat besttttt dan byk lagi tempat yg dilawati sebenarnya seperti  Hard Rock Café, Montmartre street (kat sini kalau nak beli souvenir yang murah2 mmg OKEY), La Vallee FactoryOutlet dan Lafayette..

Montmart

Seterusnya lawatan melangkaui jejak dari Paris, Perancis ke London, England...dari Paris ke London hanya ambik masa lebih kurang 2 jam dengan menaiki keretapi laju Eurostar dan boleh naik di Paris Gare Du Nord Station dan turun di London St.Pancras Station. Di paris kena check in, melalui imigresen dan kastam cam kat airport jer lebih kurang. Tiba di London terus masuk hotel sebab hari pun dah semakin gelap.

Eurostar kat Paris Stesen
London  ialah sebuah bandaraya global dan kawasan metropolitan yang terbesar di United Kingdom. London menjadi peneraju yang cemerlang dalam bidang perdagangan, seni, hiburan, kewangan, pelancongan dan lain2. Banyak tempat2 menarik yg boleh dilawati di kota ini…

Sooo aktiviti hari pertama di London ialah melawat tempat2 menarik dan terkemuka sekitar Kota London seperti House of Parliament, Big Ben yang merupakan salah satu simbol untuk England & London, jam loceng yg bermuka empat ini adalah yang terbesar dan ketiga tertinggi dunia. Westmintser Abbey, Trafalgar Square, Buckingham Palace mungkin ada tahu ia adalah tempat kediaman rasmi Raja Bristih yang terletak di City of Westminster, Tower & London Bridge. Hari ni banyak berjalan kaki nak guna bas pun jalan banyak sesak lebih dari KL rasanya maklumla London kan. 
Ni dia BIG BEN..err




Group Photo

Selepas penat berjalan jom kita pergi cuci mata di Oxford Street nak tahu kenapa? Ia merupakan destinasi membeli belah yang paling popular di London yang turut menawarkan pelbagai jenis barangan berjenama dengan harga yang sgt berpatutan..stanby jer duit banyak2 kat sini. Kat sini juga anda boleh dapat souvenir dengan harga yg agak murah seperti magnet fridge, t-shirt London, keychain dan banyak lagi. Kalau spend satu hari pun x cukup kalau betul nak shopping kat sini sebab kiri kanan depan belakang penuh dengan deratan kedai2 org para pengujung.




Sebelum pulang ke hotel, sempat lagi pergi ke Hard Rock London wlpun tiada dalam aturcara program..dapat la beli sepasang dua kalau nak tahu Hard Rock London lagi besar dari Hard Rock Paris dan banyak pilihan. Station yang paling terdekat nak pergi Hard rock ialah Hyde Park Corner Station lps tu kena jalan kaki skit la.
Pejam celik pejam pejam celik dah hari ke 7 di benua Eropah ni..so hari nie pergi membeli belah di Bicester Village Factory Outlet kat sini banyak barangan2 berjenama seperti Gucci, Burberry, Guess, Coach dan banyak lagi la…harga dia pon boleh tahan tapi lau dibandingkan ia lagi menjimatkan dari harga kita (Msia) sebenarnya. Cuma bawak jer seberapa banyak duit tuuuu..mata mesti terbeliak nya..especially utk kaum wanita yg allergies dengan Hand Bag,, (heheh yang suka pada hand bag byk pilihan)

Ni kat Bicester Villages
Untuk hari terakhir sbb besok dah nak balik tanah air dahh… dari buang masa sebab program Free & Easy..kami ke  Madame Tussauds London nak pergi sini kena turun kat Baker Street Station dengan menaiki London Tube kuar jer station terus nampak muzium ni..perlu ingat kalau teringin nak masuk better booking ticket awal2 sebab apa kalau pergi walki in mcm tu kena queue panjang tapi ats nasib la…nasib baik hari tu pergi ramai boleh beli tiket utk group terus x payah nak queue pjg2.


Madame Tussauds
 Keesokan hari daftar keluar hotel dan terus ke terminal 4, Heathrow Airport mcm biasa la kat Airport bleh claim VAT (Value-Added Tax) saper yang banyak shopping boleh… time balik pun sama jugak kena transit di Abu Dhabi. 
Nie la Kapal Etihad
Syukur alhamduliah yang tidak terhingga kerana perjalanan saya dan yang lain selamat semuanya…jgn lengah2 kan langkah anda untuk melancong serta melihat dengan mata sendiri keunikan, kemegahan dan keangungan allah S.W.T dan ciptaan manusia zaman dahulu betapa hebatnya mereka dalam arus pembangunan.

sila layari web Poto Travel & Tours Sdn Bhd untuk maklumat lebih lanjut....@ Call 0392006640

No comments: