Siapa yang tak kenal
dan teringin untuk menjejak kaki ke 2 Kota metropolitan yang terkenal di dunia
ini dalam hidup kita…sememangnya menjadi impian semua org untuk kesana
kan..boleh jer pergi tapi simpan la duit dari sekarang hikhik…sekadar ingin
berkongsi pengalaman dan apa yang menarik di Paris & London. Pada 170513 dengan
menaiki penerbangan EY 411 (Etihad Airways)yg sudah pasti akan transit di Abu
Dhabi sebelum meneruskan perjalanan ke Paris..hati ni rasa berkobar2 jer nak
sampai & dalam masa yang sama rasa jugak denyutan jantung yg kuat (berdebar2)
maklumla tidak pernah sampai kesana..
Sampai je di KOTA CINTA
ini terus dibawa melawat ke Eiffel Tower yang terletak di Champde Mars, dalam
perjalanan dah boleh nampak Eiffel Tower terdetik dihati rasa syukur akhirnya
aku sampai dan dpt melihat jua kemegahan tower ini thanks POTO Travel dan Allah
S.W.T kerana memberi peluang untuk melihat keindahan di muka bumi ini.
Eiffel
Tower merupakan senibina agung yang tertinggi (300Meter) dan paling menonjol
di Kota Paris, ia menjadi tumpuan utama para pelancong yang bercuti ke Paris
ini. kalau nak tahu menara ini diperbuat oleh besi jer tapi walaupun besi yang
dikenali seluruh dunia sebagai simbol Negara Perancis tawww…apa2 turun bas lu
snap seberapa keping gambar..tidak puas dengan melihat kemegahan Eiffel Tower
ini..jom kita lihat dan tengok dari sudut lain plak..iaitu naik Shine River
Cruise bagi saya pemandangan dan kemegahan Eiffel Tower lebih terselah melalui
sudut ini.
Eiffel Tower dri Shine River Cruise |
Menjelang Senja |
Selepas itu, dibawa
melawat ke keunikan senibina asli di Champs-Elysees
yang dibarisi dengan deratan café, kedai2 yg berjenama Butik LV pun ada kat sini… tmpat yang
happening sentiasa dipenuhi manusia..haha kalau nak naik Ferrari/Lambo kat sini
pun boleh bayaran nya lupa plak…. Sape tahu Arc De Triomphe apa?? Ia adalah sebuah tugu termasyhur tanda
penghormatan kepada mereka yg berjuang untuk Perancis waktu Perang
Napoleon..nak banding tugu Negara kita ia lagi besar la….seterusnya melawat ke Opera House, Madeleine dan Laurve.
Arc De Triophe |
Champs Elysees |
Lourve
Pengalaman baru iaitu
guna Paris Metro…wahh nak kata sama dengan Malaysia tapi x serupa..nak kata
laju memang dia punya lagi laju..point to point tu sekejap jer dan x perlu nak
tunggu lama2… tapi setiap station dia bapak punya besar kalau nak transit tu
lutut boleh gonyang la naik tangga turun tangga…(tapi gua tak la) dalam metro
mmg agak sesak sebab kebanyak rakyat perancis guna public transport. Tiket dia
pun kita boleh beli untuk one day pass punya…nak pergi mana2 pun guna jer satu
tiket tu x kisah la baper banyak tempat yg nak pergi..mmg jimat..
Selama 4H3M di Kota
Cinta, Paris ini amat besttttt dan byk lagi tempat yg dilawati sebenarnya
seperti Hard Rock Café, Montmartre street (kat sini kalau nak beli souvenir
yang murah2 mmg OKEY), La Vallee FactoryOutlet dan Lafayette..
|
Montmart |
Seterusnya lawatan melangkaui jejak dari Paris,
Perancis ke London, England...dari Paris ke London hanya ambik masa lebih
kurang 2 jam dengan menaiki keretapi laju Eurostar dan boleh naik di Paris Gare Du Nord Station dan turun di London St.Pancras Station. Di paris
kena check in, melalui imigresen dan kastam cam kat airport jer lebih kurang. Tiba
di London terus masuk hotel sebab hari pun dah semakin gelap.
Eurostar kat Paris Stesen |
London ialah sebuah bandaraya global dan kawasan
metropolitan yang terbesar di United Kingdom. London menjadi peneraju yang
cemerlang dalam bidang perdagangan, seni, hiburan, kewangan, pelancongan dan
lain2. Banyak tempat2 menarik yg boleh dilawati di kota ini…
Sooo aktiviti hari
pertama di London ialah melawat tempat2 menarik dan terkemuka sekitar Kota
London seperti House of Parliament, Big
Ben yang merupakan salah satu simbol untuk England & London, jam loceng
yg bermuka empat ini adalah yang terbesar dan ketiga tertinggi dunia. Westmintser Abbey, Trafalgar Square, Buckingham
Palace mungkin ada tahu ia adalah tempat kediaman rasmi Raja Bristih yang
terletak di City of Westminster, Tower
& London Bridge. Hari ni banyak berjalan kaki nak guna bas pun jalan
banyak sesak lebih dari KL rasanya maklumla London kan.
Ni dia BIG BEN..err |
Pejam celik pejam pejam
celik dah hari ke 7 di benua Eropah ni..so hari nie pergi membeli belah di Bicester Village Factory Outlet kat
sini banyak barangan2 berjenama seperti Gucci, Burberry, Guess, Coach dan
banyak lagi la…harga dia pon boleh tahan tapi lau dibandingkan ia lagi
menjimatkan dari harga kita (Msia) sebenarnya. Cuma bawak jer seberapa banyak
duit tuuuu..mata mesti terbeliak nya..especially utk kaum wanita yg allergies
dengan Hand Bag,, (heheh yang suka pada hand bag byk pilihan)
Ni kat Bicester Villages |
Untuk hari terakhir
sbb besok dah nak balik tanah air dahh… dari buang masa sebab program Free
& Easy..kami ke Madame Tussauds London nak pergi sini kena turun kat Baker Street
Station dengan menaiki London Tube kuar jer station terus nampak muzium ni..perlu
ingat kalau teringin nak masuk better booking ticket awal2 sebab apa kalau
pergi walki in mcm tu kena queue panjang tapi ats nasib la…nasib baik hari tu
pergi ramai boleh beli tiket utk group terus x payah nak queue pjg2.
Madame Tussauds |
Nie la Kapal Etihad |
Syukur alhamduliah yang
tidak terhingga kerana perjalanan saya dan yang lain selamat semuanya…jgn
lengah2 kan langkah anda untuk melancong serta melihat dengan mata sendiri
keunikan, kemegahan dan keangungan allah S.W.T dan ciptaan manusia zaman dahulu
betapa hebatnya mereka dalam arus pembangunan.
sila layari web Poto Travel & Tours Sdn Bhd untuk maklumat lebih lanjut....@ Call 0392006640