121005 menaiki penerbangan HY552
iaitu sebuah pesawat Uzbekistan Airways yang amat menarik dari luar dan amat
cantik didalam (woiii stewardess cute cute ok…) penerbangan mengambil masa
lebih kurang 4-5 jam dari KLIA ke Tashkent dan dihidangkan makan yang HALAL
semasa penerbangan sambil main game cit cit cet... dari pandangan atas flight
kelihatan tanah kering kontang dan tiada sturktur yang tinggi pun kelihatan. Alhamduliah
selamat mendarat di ibukota Uzbekistan iaitu Tashkent Airport, keluar jer dari
airport badan dah terasa mengigil dek udara yang sejuk.maklum la Negara kita
kan panazzzzz.. mls nak citer panjang lebar..lanjut ker tempat yang dilawati.
Tashkent
Adalah ibukota Uzbekistan dan merupakan antara
kota purba yang terbesar di Asia Tengah. Kalau nak tahu Kota ini pernah
mengalami gempabumi yang dahsyat dalam tahun 1966 dimana banyak
bangunan-bangunan dan seni bina yang bersejarah telah musnah. Antara bangunan
sejarah yang masih tinggal di sini seperti Madrasah Kukeldas, Kompleks Khazrat
Iman, Masjid Khast Iman (dimana sebuah Al-Quran yang tertua berada disini).
|
KuKelteas Madrassa |
|
Kraftangan |
|
Jome Masjidi |
Samarkand
Yang terletak di tengah-tengah
laluan sutera mejadi kemestian untuk dilawati bagi mereka yang berkunjung ke
Negara Uzbekistan ini. Samarkand juga merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia
yang diiktiraf oleh UNESCO. Kota yang dipilih oleh Amir Temur sebagai pusat
pemerintahannya dimana memiliki bermacam artifak sejarah yang berdiri megah
merentasi sempadan masa. Anda boleh berkunjung ke Shakhi Zinda (pusat
pemerintahan), Dataran Registan, Masjid Bibi Khanum, National Bazaar Siab dan
banyak lagi.
|
Menariknya Dataran Registan |
|
Antara spot menarik di Masjid Bibi Khonum |
|
dry fruit boleh didapati di National Bazaar Siab seperti kacang, krismis dll |
|
Iman Al-Buhkari Mausoluem yang terletak 12KM di utara Samarkard |
Bukhara
Kalau nak tahu ini kota kelahiran
Iman Al-Bukhari yang merupakan tokoh besar dalam dunia periwayatan Hadis serta
Kitab. Bukhara juga turut tersenarai sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia
oleh UNESCO tidak di nafikan bahawa Bukhara di iktiraf sebagai warisan dunia
kerana kota ilmu ini mempunyai sekurang-kurangnya 140 bangunan bersejarah yang
menjadi tarikan pelancongan. Masjid Bolo Hauz, Maqam Ismail Samani, Chashma
Ayub dan banyakkkkk lagiii…
|
Maqam Ismail Samani |
|
Masjid Bolo Hauz |
Alami kelainannya, Uzbekistan
merupakan sebuah Negara yang terletak di Asia Tengah yang sedang membangun
pesat dari segi ekonomi serta dihuni hampir 30 juta penduduk. Negara yang
mengalami cuaca 4 musim menjadikan Uzbekistan satu destinasi pelancongan yang
murah dan menarik bagi mereka yang meminati sejarah dan peradaban.
Layari:
www.pototravel.com.my untuk maklumat lanjut pakej yang ditawarkan.