Saturday, November 17, 2012

KEMBARA ke zaman silam

121005 menaiki penerbangan HY552 iaitu sebuah pesawat Uzbekistan Airways yang amat menarik dari luar dan amat cantik didalam (woiii stewardess cute cute ok…) penerbangan mengambil masa lebih kurang 4-5 jam dari KLIA ke Tashkent dan dihidangkan makan yang HALAL semasa penerbangan sambil main game cit cit cet... dari pandangan atas flight kelihatan tanah kering kontang dan tiada sturktur yang tinggi pun kelihatan. Alhamduliah selamat mendarat di ibukota Uzbekistan iaitu Tashkent Airport, keluar jer dari airport badan dah terasa mengigil dek udara yang sejuk.maklum la Negara kita kan panazzzzz.. mls nak citer panjang lebar..lanjut ker tempat yang dilawati.

Tashkent
Adalah ibukota Uzbekistan dan merupakan antara kota purba yang terbesar di Asia Tengah. Kalau nak tahu Kota ini pernah mengalami gempabumi yang dahsyat dalam tahun 1966 dimana banyak bangunan-bangunan dan seni bina yang bersejarah telah musnah. Antara bangunan sejarah yang masih tinggal di sini seperti Madrasah Kukeldas, Kompleks Khazrat Iman, Masjid Khast Iman (dimana sebuah Al-Quran yang tertua berada disini).

KuKelteas Madrassa
Kraftangan 

Jome Masjidi
Samarkand

Yang terletak di tengah-tengah laluan sutera mejadi kemestian untuk dilawati bagi mereka yang berkunjung ke Negara Uzbekistan ini. Samarkand juga merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh UNESCO. Kota yang dipilih oleh Amir Temur sebagai pusat pemerintahannya dimana memiliki bermacam artifak sejarah yang berdiri megah merentasi sempadan masa. Anda boleh berkunjung ke Shakhi Zinda (pusat pemerintahan), Dataran Registan, Masjid Bibi Khanum, National Bazaar Siab dan banyak lagi.

Menariknya Dataran Registan
Antara spot menarik di Masjid Bibi Khonum 
dry fruit boleh didapati di National Bazaar Siab  seperti kacang, krismis dll
Iman Al-Buhkari Mausoluem yang terletak 12KM di utara  Samarkard
                                                    
Bukhara
Kalau nak tahu ini kota kelahiran Iman Al-Bukhari yang merupakan tokoh besar dalam dunia periwayatan Hadis serta Kitab. Bukhara juga turut tersenarai sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO tidak di nafikan bahawa Bukhara di iktiraf sebagai warisan dunia kerana kota ilmu ini mempunyai sekurang-kurangnya 140 bangunan bersejarah yang menjadi tarikan pelancongan. Masjid Bolo Hauz, Maqam Ismail Samani, Chashma Ayub dan banyakkkkk lagiii…

Maqam Ismail Samani
Masjid Bolo Hauz

Alami kelainannya, Uzbekistan merupakan sebuah Negara yang terletak di Asia Tengah yang sedang membangun pesat dari segi ekonomi serta dihuni hampir 30 juta penduduk. Negara yang mengalami cuaca 4 musim menjadikan Uzbekistan satu destinasi pelancongan yang murah dan menarik bagi mereka yang meminati sejarah dan peradaban. 

Layari: www.pototravel.com.my untuk maklumat lanjut pakej yang ditawarkan.




No comments: